Sunday, January 22, 2012

Semester Terakhir..



Salam

Cuti semester terakhir buatku,,kena nikmatinya sebaeknya..cme sebulan jek..huhuu...Sabtu lepas ke Senawang, N9...Kawan baikku hidayah@Gbum bertunang..akhirnya bertunang jugak die..berjumpa semula rakan serumah poli..sungguh rasa teruja sgt..hepi yg tak dpt digambarkan..seronok menyakat sesama kami..biler terengat balek zaman Poli..semuanya bagaikan nostalgia yang tak luput diingatan..pertemuan semula dihari pertunangan gbum mengingatkan semula sewaktu perjanjian kami bersama kan berjumpa 5tahun akan datang selepas tamat Diploma dulu,,,diingatkan balik memang geliati...gbum dengan persalinan serba putih seakan sesuai jek melangsungkan pernikahan terus..hehe~ akhirnya atas persetujuan pihak dia dan rombongan,,gbum akan melangsungkan pernikahan bulan 5 nanti..wah..masa aku tgh sibuk siapkan projek dan psm akhir aku nih..rasa cuak plak,takut xdapat join..huhuu~ Alhamdulillah cuti2 nih macam2 perkara berlaku...abg Uoo balik kg.. Kak eLin bercuti di kg... Rasenya lama sudah dia tidak pulang ke kampung...mungkin nak berikan peluang ank2nya kenal kg belah ibunya..Kak elin merupakan sepupuku yang mak jaga ketika beliau kanak2 lagi disebabkan ketiadaan ibubapa...mengikut cerita ibu..semasa mak muda,,arwah nenek jage dua cucu yg merupakan anak buah Arwah ayah... disebabkan mak n arwah ayah duduk di rumah pusaka..maka makayh jaga skali la cucu2 nenek skali...tak dapat bayangkan dalam kehidupan yg susah pada zaman dulu..macamane mak dan ayah berusaha menyara anak2 dan ank buah...sungguh ,,moga keriat mereka dibalas tuhan hendaknya... tgk jela cucu2 mak semua nak tido ngan neneknya..anak kak elin yg bongsu baru jek kenal sehari dah nak tido ngan mak..mmg mak ni nenek 1st class lah..hehe~ moga bakal anakku dapat merasai ksh syg seorg nenek...huhu kalau ade rezeki n jodoh lah..huhuuu~ petang tadi bawak adik ke popular beli buku..org sangat ramai..kedai buku pon dah macam pasar borong..beratur jek dah lebih setengah jam..fuhh..maybe sebab ramai guna kopun BB1M...termasuklah aku sekali..hehe~itu sajelah buat hari..Hati yang tenang ,,dari lidah yang tak henti menyebut kebesaran Allah(^_^)..

coretan hari-hariku...

Wednesday, January 4, 2012

Peribadi

Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, hati, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walaupun sudah ada segala-galanya. Apa lagi yang tidak ada di syurga, namun Nabi Adam a.s tetap rindukan Siti Hawa.

Kepada wanitalah lelaki memanggil ibu, isteri atau puteri. Dijadikan mereka dari tulang rusuk yang bengkok untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi kalau lelaki sendiri yang tak lurus, tak mungkin mampu nak meluruskan mereka. Tak logik kayu yang bengkok menghasilkan bayang-bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan cara yang ditunjuk Allah, kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah. Didiklah mereka dengan panduan dari-Nya. Jangan cuba jinakkan mereka dengan harta, nanti mereka semakin liar. Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan, nanti mereka semakin menderita. Yang sementara itu tidak akan menyelesaikan masalah. Kenalkan mereka kepada zat Allah yang kekal, disitulah suisnya.

Akal setipis rambutnya, tebalkan dengan ilmu. Hati serapuh kaca, kuatkan dengan iman. Perasaan selembut sutera, hiasilah dengan akhlak. Suburkanlah kerana dari situlah nanti mereka akan nampak nilaian dan keadilan Tuhan. Akan terhibur dan bahagialah hati mereka, walaupun tidak jadi ratu cantik dunia, presiden ataupun perdana menteri negara atau ‘women gladiator’. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Itu bukan diskriminasi Tuhan. Sebaliknya disitulah kasih sayang Tuhan, kerana rahim wanita yang lembut itulah yang mengandungkan lelaki-lelaki waja: negarawan, karyawan, jutawan dan “wan-wan” yang lain. Tidak akan lahir ‘superman’ tanpa ‘superwoman’.

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, pasti tidak terhibur dan tidak menghiburkan. Tanpa ilmu, iman dan akhlak, mereka bukan sahaja tidak boleh diluruskan, bahkan mereka pula membengkokkan.

Lebih ramai lelaki yang dirosakkan oleh perempuan daripada perempuan yang dirosakkan oleh lelaki. Sebodoh-bodoh perempuan pun boleh menundukkan sepandai-pandai lelaki. Itulah akibatnya apabila wanita tidak kenal Tuhan. Mereka tidak akan kenal diri mereka sendiri, apalagi mengenal lelaki. Kini bukan saja ramai boss telah kehilangan ‘secretary’, bahkan anak pun akan kehilangan ibu, suami kehilangan isteri dan bapa akan kehilangan puteri.

Bila wanita derhaka dunia lelaki akan huru-hara. Bila tulang rusuk patah, maka rosaklah jantung, hati dan limpa. Para lelaki pula jangan hanya mengharap ketaatan tetapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum memimpin wanita menuju Allah pimpinlah diri sendiri dahulu kepada-Nya.

Jinakkan diri dengan Allah, nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinan kita. Jangan mengharap isteri seperti Siti Fatimah, kalau peribadi belum lagi seperti Sayidina Ali.(^_^)

coretan hari-hariku